Tuesday, 10 April 2012

New iPad vs iPad 2,berbaloikah?



Kita mulakan dengan mengapa tidak perlu upgrade kepada 'New Ipad' .


1. Dah ada IPad 2
Kalau dah ada Ipad2, tiada banyak yang boleh membezakan dari 'New iPad' sehinggakan semua pengguna harus memilikinya selain dari resolusi warna yang tinggi dah dilengkapi rangkaian 4G LTE dan kefungsian camera hanya 5mp sahaja.

2.LTE hanya berfungsi di utara America
Banyak iklan yang disiarkan seperti YES 4G,bunyi memang indah,4G kot internet mesti kaw2 punya laju.THINK AGAIN!

4G LTEnya tidak berfungsi bagi negara lain kecuali utara America.Rangkaian mereka menggunakan frekuensi 700MHz dan 2.1MHz dimana berfungsi sepenuhnya pada 'New iPad' dan tidak mana negara luar yang mengunnakan frekuensi 800MHz, 1.8GHz, 2.3GHz or 2.6GHz bagi rangkaianya.

Di Singapore ,SingTel dan M1 sudah dikenalpasti rangkaian LTEnya tidak berfungsi dengan 'New ipad' kerana mereka menggunakan band frekuensi 1.8GHz dan 2.6GHz.So kesimpulannya dekat singapore pun tak boleh,apatah lagi Malaysia.

3.Resolusi warna
Kononnya dilengkapi dengan Retina display. Ya ,memang betul,warnanya gila punya cantik,tapi adakah berbaloi untuk memjuai iPad2 ? Resolusi bagi iPad 2 hanya 1,024 x 768 pixels tetapi sudah memadai untuk memain game,browsing,membaca dan sebagainya.

Tambahan,setiap aplikasi perlu diubah suai oleh pembinanya untuk memenuhi ciri-ciri Retina display. Ia akan memakan ruang memory sebagai contoh keynote sebelum ni hanya 115MB,dah versi Retina ialah 327MB. Kalau beli 16g memamg tak cukup la kan.

4.Hardware yang sama
Selain menggunakan processor A5x dan cmera 5mp,'New iPad' tidak membekalkan port baru,kekurangan bagi USB port ,micro SD slot dan lain2.

Screenya jugak tidak dilengkapi dengan Gorilla glass demi keselamatan.Fakta menyatakan screen ipad2 lebih bagus berbanding 'New iPad'. Selain itu iPad 2 juga lebih ringan.

5.Banyak lagi tablet lain.
Kebanyakan features yang ada pada 'New Ipad' boleh didapati pada tablet yang lain dimana harga lebih murah jika dibandingkan.



Disni pula antara sebab anda harus memiliki 'New Ipad'

1.Retina Display
Perbezaan yang melampau boleh dilihat dengan mata kasar jika dibandingkan dengan resolusi iPad2. Ia macam perbezaan tengok DVD dan Blue-Ray. Bagi orang yang tak kisah,tidak akan nampak perbezaannya tp bagi orang kaki muvee,game,seimbas sahaja boleh nampak perbezaannya.

Aplikasinya jugak turut dimodifikasikan agar memenuhi kehendak resolusinya yang tinggi.Zoom la macam mana pun,tak pecah kot.Ia merupakan makanan kepada mata anda ;)



2.Camera
Kebanyakan pengguna iPad2 boleh jamin tidak menggunakan sangat camera nya kerana teruk sangat! Dengan dilengkapi 5mp dan display 9.7inch,pengguna akan lebih selesa menggunnya dan sanggup menghabiskan masa untuk edit agar kelihatan lebih baik dengan menggunakan iPhoto atau Adobe Touch.

3.Hardware Spec
'New iPad' dipasang dengan dualcore processor dan 1GB ram dimana iPad2 hanya menggunakan dualcore dan ram 512MB. Hardware yang bagus diperlukan untuk menjalankan kerja yang bagus!

iPad2       ada dual-core A5 SoC dengan dual-core GPU
New iPad    ada dual-core A5 Soc + quad-core GPU dipanggil A5x

4.App store
Memang tidak dinafikan app store mempunyai aplikasi melebihi 6juta jika dibandingkan dengan android Market. Semua keperluan harian boleh didapati pada app store.Tidak dilupakan kadar untuk ios kena virus ialah paling rendah berbanding OS lain.


Sanggupkan anda membayar lagi RM300 untuk;
Retina Display(2048 x 1536) 4x lebih dari iPad2
1 GB memory vs 512MB
Quad core graphic chip vs dual core
5mp camera dengan 1080p video record vs 0.7mp dengan 720p

0 comments:

Post a Comment