Tuesday, 10 April 2012

Bagaimana Untuk Unlock Bootloader Bagi Sony Xperia Model Keluaran 2011 dan 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni kita akan belajar cara cara untuk 'unlock' henphone anda bagi keluaran 'Sony Ericsson' tahun 2011 dan 2012.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebagai Satu Peringatan Disini !!!

  Jika anda 'Unlock' henphone anda warranty dari 'Sony Ericsson' akan terbatal (VOID). (Walaubagaimanapun, 'Sony Ericsson' hanya bagi warranty kepada perisian sahaja, jadi jika perkakasan misalnya screen pecah atau sebagainya itu tanggungjawab anda walaupun henphone anda masih lagi dalam warranty).
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memahami situasi yang bakal berlaku, kita teruskan dengan agenda kita iaitu meng-unlock henphone 'Sony Xperia'.

Sebagai langkah permulaan, kita memerlukan beberapa keperluan yang akan digunakan ketika proses unlock henphone anda.
  • Pertama dan yang paling penting sekali ialah henphone anda itu sendiri. Kalau tiada henphone macam mana nak unlock. *Pastikan henphone anda adalah 'Sony Ericsson Xperia' keluaran tahun 2011 dan 2012. Bagi keluaran 2010 akan diberitahu kemudian.
  • Kedua, muat turun "fastboot" yang akan digunakan untuk proses ini. *Ingat, ini hanya boleh digunakan pada windows sahaja.
  • Ketiga, muat turun "fastboot driver" yang akan digunakan untuk installation driver bagi henphone anda. *Boleh juga dimuat turun di fastboot_with_Android_USB_file.rar
  • Keempat, dapatkan unlock code untuk henphone anda di http://unlockbootloader.sonyericsson.com/instructions. *Anda kene gunakan IMEI henphone anda untuk mendapatkan unlock code. Pada IMEI hendaklah dibuang nombor terakhir.
Langkah - Langkah untuk unlock henphone anda :
  1. Masuk ke mod fastboot. (Tutup henphone anda, kemudian tekan butang volume up dan hold baru masukkan USB cable ke henphone anda. Jika henphone anda pada LED menyala warna biru bermakna anda sudah masuk ke mod fastboot.
  2. Install Drivers bagi henphone anda. *Langkah terdapat di bawah.
  3. Pada keyboard anda, tekan shift dan right click pada fastboot folder, dan klik pada open command window here. Kemudian anda akan dapat melihat command prompt atau lebih dikenali sebagai cmd.
  4. Pada cmd, taip 'fastboot.exe -i 0x0fce getvar version' untuk memastikan bahawa anda telah berjaya masuk ke mod fastboot. *Pada paparan cmd anda akan dapat lihat version on java, iaitu 0.3 dan keatas.
  5. Kemudian pada paparan cmd juga, anda masukkan 'fastboot.exe -i 0x0fce oem unlock 0xKEY' (gantikan "KEY" dengan unlock code yang anda dapat dari http://unlockbootloader.sonyericsson.com/instructions. Dan Amaran!, jangan salah memasukkan tersebut atau henphone anda tidak lagi boleh digunakan.)
  6. Hasilnya, anda telah berjaya unlock henphone anda.
Langkah Install Driver

  1. Jika anda berjaya masuk ke mod fastboot, anda akan menjumpai Found new hardware wizard.
  2. Pilih pada "Install from a list or specific location (Advance)".
  3. Browse fail usb driver yang anda telah extract. Kemudian klik Next dan tunggu sehingga selesai.

Itu saja dari saya, Muhamad Zahid. Jika anda ada apa apa pertanyaan yang ingin dipertanyakan jangan lah memalu segan untuk memberi komen di bawah. Peringatan!, saya tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian anda ketika unlock henphone anda. Sekian dari saya, Assalamualaikum.

0 comments:

Post a Comment